Sertai Komuniti UTHM

Perkasakan Kerjaya Anda dalam Pengajian Tinggi dan Inovasi

Panduan Pengguna

  1. • Pemohon/Pengguna baru perlu mendaftar akaun terlebih dahulu.
  2. • Login dengan menggunakan email dan katalaluan yang telah didaftarkan.
  3. • Isi dan lengkapkan profail anda. Anda tidak dibenarkan membuat permohonan jawatan sekiranya profail masih belum lengkap.
  4. • Isi segala butiran profail dengan lengkap dan betul. Kegagalan untuk mengisi butiran dengan lengkap akan menjejaskan permohonan anda.
  5. • Bagi Kelulusan Sekolah Menengah semua pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi keputusan Bahasa Melayu Tingkatan 5 disamping subjek teras dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
  6. • Bagi Kelulusan Universiti/ IPT/ Kolej/Politeknik pula, sekiranya hanya satu (1) Ijazah yang telah diperolehi, pemohon dikehendaki untuk mengisi satu ruang sahaja dengan menekan butang "Tambah Kelayakan Pengajian Tinggi". Sekiranya kelayakan yang diperolehi lebih daripada satu (1), sila tekan butang "Simpan" dan diikuti dengan butang "Tambah Kelayakan Pengajian Tinggi" bagi menambah maklumat Kelulusan Universiti/ IPTA/ Kolej/ Politeknik tersebut.
  7. • Kelas Kepujian wajib diisi oleh semua pemohon. Maklumat CGPA hanya perlu diisi oleh pemohon yang memperolehi keputusan tersebut. Bagi pemohon yang tidak memperolehi keputusan berdasarkan CGPA, khususnya bagi pemohon kelulusan universiti luar negara, sila isikan Kelas Kepujian dan kosongkan ruangan CGPA.
  8. • Sebelum anda menghantar permohonan, anda masih boleh membuat sebarang perubahan atau pembetulan kepada profail yang telah diisi.
  9. • Setelah berpuas hati, sila klik menu "Permohonan". Pilih jawatan yang ditawarkan dan klik "Mohon Sekarang" sebelum pada tarikh tamat permohonan.s
  10. • Permohonan anda akan diproses selepas ini dan anda tidak boleh membuat sebarang perubahan.
  11. • Penting: Profil yang disimpan tidak dianggap sebagai permohonan. Anda mesti melengkapkan semua bahagian profail yang diperlukan dan klik "Mohon Sekarang" sebelum tarikh akhir untuk permohonan anda dipertimbangkan.

Maklumat Am

  1. • TEMPOH SAH LAKU setiap permohonan adalah selama ENAM (6) bulan dari tarikh tutup permohonan yang ditetapkan.

Peringatan

  1. • Pemohon yang mengisi Sistem Permohonan Jawatan hanyalah mereka yang benar-benar ingin mengisi kekosongan jawatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
  2. • Pastikan maklumat yang benar sahaja diisi dalam Sistem Permohonan Jawatan UTHM. Pemohon yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan akan disenaraihitam dan boleh diambil tindakan Undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
  3. • SEKIRANYA berjaya dipanggil ke sesi temuduga, pemohon adalah dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan yang asal dan salinan yang telah disahkan bagi maklumat-maklumat yang telah dihantar melalui Sistem Permohonan Jawatan. Kegagalan mengemukakan dokumen berkenaan akan menyebabkan tawaran temuduga kepada pemohon terbatal.